Semoga dengan terciptanya "Disini Ada Cahaya" dapat mengeratkan hubungan siraturohim sesama kita. Disamping saling mengenali antara satu sama lain diharapkan "Disini Ada Cahaya" dapat membuka ruang ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama-sama.Cahaya keimanan dan ketakwaan itu yang dicari. Semoga pengisian wadah ini memberi sinar cahayanya.InsyaAllah

Tuesday, May 25, 2010

Kembara ke negeri jelapang padi...

Sekitar jam 6.45a.m kami bertolak dari Pulau Pinang untuk sampai awal ke kedah kerana sesi temubual dijadualkan pada jam 10.00 a.m ( temubual oleh syuhada berkenaan hab halal keatas pegawai bahagian halal di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah). Saya bersama rakan-rakan yang lain iaitu salimah, sikin, lenny menemani syuhada ke kedah disamping dalam misi bermusafir. Disamping mengenali tempat orang ia juga memberi wadah diskusi yang membawa kepada melihat perbezaan negeri kedah dan juga Pulau Pinang, perbezaan suasana yang berbeza, pentadbiran dan sebagainya. Saya pula berpeluang menemani syuhada menemubual pegawai bahagian halal berkaitan tadbir urus hab halal di negeri kedah. Hasil temubual memperlihatkan tadbir urus hab halal di kedah masih boleh dikatakan sederhana. Masalah kekurangan kakitangan, kekurangan promosi, pengguna teknologi masih ditahap minimun dan sebagainya.


Hal ini berbeza dengan tadbir urus hab halal di Pulau Pinang yang boleh dikatakan lebih berkesan. Dimana kakitangan yang terlibat dalam tadbir urus hab halal ialah sebanyak 12 orang berbanding di kedah hanya seramai 2 orang, begitu juga dengan kekerapan promosi yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (bahagian halal) dalam memperkenalkan kepentingan halal kepada usahawan-usahawan bukan sahaja usahawan Islam tetapi juga usahawan bukan Islam ( pengeluaran sijil halal lebih banyak dikeluarkan kepada usahawan bukan Islam). Manakala di kedah pengeluaran sijil halal banyak dikeluarkan kepada usahawan-usahawan kecil. Perbezaan tadbir urus boleh saya anggarkan disebabkan faktor negeri itu sendiri. Dimana Pulau Pinang adalah berada dalam zon perindustrian dan kedah sektor perindustrian bukan menjadi tumpuan. Hal ini membawa kepada permohonan sijil halal lebih banyak di Pulau Pinang.


Dapat saya rumuskan setiap negeri sedang berusaha dalam tadbir urus hab halal di Malaysia, oleh kerana isu halal bukanlah perkara yang perlu dipandang ringan oleh masyarakat.








Saturday, May 22, 2010

Jangan menzalimi diri sendiri....

Ilmu adalah sesuatu perkara yang sangat berharga dan perkara yang paling penting bagi umat Islam dalam menentukan kehidupan dirinya di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Tanpa ilmu manusia tidak akan dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Sebagai umat Islam ilmu yang paling utama yang perlu dipelajari adalah ilmu Al-Quran. Ilmu Al-Quran akan lebih sempurna apabila difahami maksudnya selain membacanya. Apabila umat Islam memahami ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran, barulah mereka mengetahui segala apa yang haram dan juga yang halal. Kehidupan manusia di dunia ini perlulah seimbang dimana dunia dan akhirat.


Dengan ilmu, manusia perlu mempunyai adab kepada diri sendiri. Apabila manusia mempunyai adab kepada dirinya sendiri, nescaya mereka tidak akan menzalimi dirinya. Setiap manusia perlu sentiasa muhasabah diri sendiri iaitu dengan menghisap diri sendiri apakah kelemahan yang ada di dalam diri Apabila manusia mempunyai abab kepada diri sendiri, mereka tidak akan mengikut hawa nafsu dalam apa jua tindakan. Manusia perlu memperbaiki hubungan manusia dengan Allah S.W.T (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablumminannas), akhlak adalah perkara yang paling berat akan dihisap. Oleh itu manusia perlu memperbaiki akhlaknya seperti sentiasa memberi senyuman, memberi salam, ziarah menziarahi, meminta maaf dan memaafkan orang lain.

Wednesday, May 19, 2010

Sanggul Arab. Is it HARAM...

akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

(Rasulullah s.a.w bersabda: )

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

(–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- )

Tuesday, May 18, 2010

Kisah budak yang kental

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang cukup menyeronokkan dan mengasikkan. Tiada rasa kebimbangan dihati hanya yang adalah rasa untuk berseronok dan bersuka ria bersama rakan-rakan. Begitulah kehidupan seorang kanak-kanak.
Begitulah kehidupan suhaila sehari-hari. Memori semasa belajar masih di tadika masih segar dalam ingatan, Suhaila bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Bapanya adalah seorang peneroka, kalau diikutkan peneroka pada zaman suhaila kanak-kanak dahulu tidaklah seperti sekarang yang mungkin boleh dikira agak mewah.

Setiap pagi suhaila terpaksa ke sekolah dengan berjalan kaki sahaja, jarak diantara rumahnya dengan sekolah agak jauh, tambahan dengan kudrat seorang kanak-kanak yang baru berusia enam tahun seberapalah sangat. Kadang-kadang nasibnya agak baik apabila bapa rakannya sentiasa menumpangkan untuk ke tadika bersama-sama anaknya. Masih diingat pada suatu pagi semasa suhaila dalam perjalanan ke sekolah hujan turun dengan lebat sehingga bajunya basah kunyut dan suhaila berada dalam kesejukan. Apabila sampai di sekolah cikgu menyapu bajunya yang basah. Namun, segala yang tempuhi dengan rasa kegembiraan apatah lagi apabila di sekolah suhaila berpeluang bermain bersama-sama rakan-rakan yang lain dan bersuka ria.

Begitu juga di zaman sekolah rendah, tetapi pada zaman ini suhaila agak bernasib baik kerana kakak dan abangnya juga turut bersekolah di sekolah yang sama. Berbeza pada zaman tadika jarak diantara sekolah rendah dengan rumahnya tidaklah sejauh sekolah tadika dahulu. Tambahan kakak dan abangnya ada bersama-samanya. mereka tidaklah selalu berjalan kaki untuk ke sekolah kadang-kadang mereka juga dihantar ke sekolah dengan menaiki motosikal. Semua itu dilalui dengan kesabaran dan ketabahan. Suhaila tidak pernah mengeluh dengan semua ini, hari-hari dilalui tetap dipenuhi kegembiraan dan keseronakan.

Walaupun kadang-kadang terdetik juga dihatinya rasa kesedihan apabila mengenangkan rakan-rakannya sentiasa dihantar ke sekolah. Kenangan semasa pulang dari sekolah amat menyeronokan, Suhaila, kakaknya dan abangnya menggunakan jalan pintas untuk pulang kerumah iaitu dengan menyeberangi anak sungai, mereka akan menggunakan jambatan kayu balak. Tetapi nasib sentiasa mengebelahi mereka, walaupun jambatan yang mereka gunakan agak bahaya tetapi mereka sentiasa terselamat dan ia sudah menjadi kebiasaan. Semuanya diyakini oleh suhaila bahawa semuanya hasil pertolongan Allah S.W.T yang dikurniakan kepadanya dalam usaha menuntut ilmu.
Part 2 to be continue...

Ilmu dari bumi barakah......

Perkongsian pengalaman Dr sukainah yang baru pulang dari Jeddah menjadi fokus dalam kelas pengajian hari ini (18.5.2010) cukup bermakna untuk dipelajari. Meraikan tetamu amat-amat dititikberatkan oleh masyarakat Arab di Jeddah, mereka sangat menghormati tetamu yang datang sehinggakan mereka sanggup mengetepikan keperluan diri sendiri. Namun, dalam kesibukkan melayan tetamu mereka masih dapat mengimbangi waktu melayan tetamu dengan waktu solat. Dalam kesibukan melayan tetamu mereka masih berkesempatan untuk menunaikan solat dan mereka menunaikan solat dimana-mana sahaja. Cuba bayangkan fenomena di Malaysia, amalan solat sebegini tidak berlaku, kebanyakan umat Islam di Malaysia bersolat di Masjid, Surau dan rumah.

Selain sangat meraikan tetamu amalan memberi Salam juga adalah amalan yang menjadi kebiasaan disana. Setiap kali bertembung di dalam lif, keluar lif atau dimana jua ucapan salam tidak lekang dari bibir mereka. Ucapan salam dapat mengeratkan hubungan siraturohim antara mereka terutamanya mereka yang peramah. Kalaulah ini dipraktikan di negara kita, sudah tentu hubungan umat Islam semakin kuat dan kukuh. Apabila dilihat dari etika berpakaian sememangnya amalan berjubah hitam (wanita) dan berjubah putih (lelaki) sedikit sebanyak memberi ketenangan dihati apabila tidak kelihatan pakaian yang menjolok mata dipakai.

Seterusnya, amalan sembahyang berjemaah sentiasa menjadi amalan disana. Apabila tiba waktu solat semua aktiviti-aktiviti perniagaan dihentikan seketika bagi memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan solat berjemaah. Walaupun aktiviti perniagaan dihentikan kerana terdapat undang-undang yang diperuntukkan tetapi sekurang-kurangnya ia menggalakkan umat Islam disana untuk menghormati waktu solat. Lebih untung sekiranya umat Islam disana melakukan perkara tersebut atas niat hanya kerana Allah s.w.t.

Selain menitikberatkan etika waktu solat, etika kerja yang dilakukan oleh mereka juga harus dicontohi. Dimana mereka sangat menepati masa dan waktu kerja diikuti mengikut jadual yang telah ditetapkan. Waktu bekerja digunakan dengan sepenuhnya dengan melakukan tugas-tugas yang telah diberikan. Masyarakat di Jeddah (Islamic Research and Training Institute (IRTI) di Islamic Development Bank) sangat menepati janji. Dimana sekiranya mereka mengatakan mereka akan membaca penulisan (kertas kerja) pada waktu yang dijanjikan dan mereka akan menepatinya.

Manakala, diceritakan pula pengalaman beliau semasa menunaikan umrah dimana sifat kreatif yang ada pada warga Indonesia sehingga membolehkan beliau mencium Hajarul Aswad. Sifat kreatif yang dimiliki membuat mereka senang mencari rezeki dibumi yang barakah itu. Manakala, perasaan takut hadir sebelum membentangkan kertas dirasai oleh beliau adalah "sememangnya fitrah manusia dan berlaku kepada ramai. Tetapi harus hati-hati menempuhnya kerana jika tersilap, kita boleh saja tergelincir dari landasan hingga tidak menghargai kebolehan kita yang Allah kurniakan. Kalau itu berlaku, kita jatuh ke dalam sifat berburuk sangka dengan Allah swt dan tergolong ke dalam golongan yang tidak mensyukuri kurniaan Allah swt. Perkiraannya adalah cukup halus sekali" ( Dipetik melalui penulisan Muhammad Syukri Salleh melalui emeil yang dihantar ke e-group).

Dalam menghasilkan sesuatu dalam menegakkan agama Allah perlu ada cita-cita Islam. Contoh yang paling mudah adalah dalam membuat kajian terutamanya dalam kajian yang berkaitan dengan Islam. Mengambil contoh kajian berkaitan tentang wakaf, kajian yang ingin dilakukan mestilah disertai dengan cita-cita Islam agar kajian yang dilakukan dapat dimanfaatkan oleh umat Islam terutamanya. Peranan guru juga adalah sangat penting dalam membentuk keperibadian pelajar. Sekiranya sifat seseorang guru tidak baik agak mustahil untuk pelajarnya menjadi seorang yang baik.

Monday, May 17, 2010

Ulang tahun kelahiran

Terima kasih teman-temanku kerana bersusah payah membuat kejutan untuk meraikan ulang tahun kelahiranku pada 16 mei, pada petang itu mereka telah membuat kejutan dengan membawa kek ke bilikku di Aman Damai sambil mengucapkan selamat hari jadi.. aku teramat menghargai apa yang telah mereka lakukan. Beginilah ikatan persahabatan dapat mengeratkan hubungan siroturahim antara kita sesama manusia. Persahabatan yang dibina ini diharapkan akan sentiasa diberkati.

Buat sal,syuz,puti,lenny,aimi terima kasih sekali lagi diucapkan untuk kamu semua. Sebenarnya semenjak kami belajar di Isdev, sambutan ulang tahun kelahiran sentiasa dibuat. Masih ku ingat bermula dengan hari lahir azrin,lenny, puti, syuhada dan aku sendiri. Begitu juga ulang tahun kelahiran para pensyarah di Isdev juga disambut. Majlis sebegini amat penting untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar begitu juga hubungan pelajar dan pelajar. Diharapkan tradisi ini akan dikekalkan dengan harapan Isdev akan lebih kukuh dengan ikatan yang terjalin. InsyaALLAH.



Thursday, May 13, 2010

Anak-anak buah penghibur hatiku...

Penghibur hatiku apabila pulang ke kampung adalah anak-anak buahku yang teramat ku sayangi. Tanpa mereka rumahku sunyi dan mereka adalah buah hatiku. Cuti sem adalah saat yang paling kutunggu-tunggu untuk pulang ke kampung. Motif utama tidak sabar untuk pulang ke kampung adalah rindu sangat pada anak-anak buahku. Anak-anak buahku juga mungkin tidak sabar menanti kepulanganku. Mana tidaknya sebab mereka suka membuliku untuk meminta duit untuk ke kedai. Aktiviti wajib harian mereka adalah ke kedai beli makanan dan coklat..tambah-tambah kedai sebelah rumah.

Kadang-kadang malas juga manjakan diorang tetapi kalau difikirkan aku jarang pulang ke kampung ku relakan sahaja duit ini dihabiskan. hehehe.. Bila tiba waktu magrid, waktu inilah mereka sibuk-sibuk nak mandi. Orang lain sibuk nak ambik wuduk, salah seorang anak buahku berkata maksu fuza nak sembahyang! sambil basuh tangan dan kaki sahaja. Kelakar melihat telatah mereka, namun aku juga serius juga mengajar mereka berwuduk agar ia menjadi ilmu yang berguna pada mereka. Begitu juga dengan solat dan mengaji ia perlu dilentur dari kanak-kanak lagi.

Pabila, tiba waktu malam ku teruskan agenda memasak makanan kesukaan mereka. Masakan yang berkhasiat yang ku sajikan untuk mereka adalah "roti celup telur" kalau dalam bahasa terengganu dan kalau bahasa orang bandar cakap roti goreng bersalut telur..hehehe..roti celup telur ini sedap dimakan dengan sos cili..nyam!nyam!nyam! budak-budak tu makan sampai merah mata. Tidak kisahlah pedas atau tidak yang penting anak-anak buahku suka makan. Begitulah kehidupanku apabila pula ke kampung namun apa yang penting dan sentiasa berada dalam doakan semoga keluarga sentiasa diberkati Allah S.W.T dan doaku untuk anak-anak saudaraku semoga mereka dapat membesar dengan baik dan apabila besar nanti mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah

P/S= Doakan kesejahteraan keluargaku dunia dan juga akhirat.