Semoga dengan terciptanya "Disini Ada Cahaya" dapat mengeratkan hubungan siraturohim sesama kita. Disamping saling mengenali antara satu sama lain diharapkan "Disini Ada Cahaya" dapat membuka ruang ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama-sama.Cahaya keimanan dan ketakwaan itu yang dicari. Semoga pengisian wadah ini memberi sinar cahayanya.InsyaAllah

Tuesday, May 18, 2010

Kisah budak yang kental

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang cukup menyeronokkan dan mengasikkan. Tiada rasa kebimbangan dihati hanya yang adalah rasa untuk berseronok dan bersuka ria bersama rakan-rakan. Begitulah kehidupan seorang kanak-kanak.
Begitulah kehidupan suhaila sehari-hari. Memori semasa belajar masih di tadika masih segar dalam ingatan, Suhaila bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Bapanya adalah seorang peneroka, kalau diikutkan peneroka pada zaman suhaila kanak-kanak dahulu tidaklah seperti sekarang yang mungkin boleh dikira agak mewah.

Setiap pagi suhaila terpaksa ke sekolah dengan berjalan kaki sahaja, jarak diantara rumahnya dengan sekolah agak jauh, tambahan dengan kudrat seorang kanak-kanak yang baru berusia enam tahun seberapalah sangat. Kadang-kadang nasibnya agak baik apabila bapa rakannya sentiasa menumpangkan untuk ke tadika bersama-sama anaknya. Masih diingat pada suatu pagi semasa suhaila dalam perjalanan ke sekolah hujan turun dengan lebat sehingga bajunya basah kunyut dan suhaila berada dalam kesejukan. Apabila sampai di sekolah cikgu menyapu bajunya yang basah. Namun, segala yang tempuhi dengan rasa kegembiraan apatah lagi apabila di sekolah suhaila berpeluang bermain bersama-sama rakan-rakan yang lain dan bersuka ria.

Begitu juga di zaman sekolah rendah, tetapi pada zaman ini suhaila agak bernasib baik kerana kakak dan abangnya juga turut bersekolah di sekolah yang sama. Berbeza pada zaman tadika jarak diantara sekolah rendah dengan rumahnya tidaklah sejauh sekolah tadika dahulu. Tambahan kakak dan abangnya ada bersama-samanya. mereka tidaklah selalu berjalan kaki untuk ke sekolah kadang-kadang mereka juga dihantar ke sekolah dengan menaiki motosikal. Semua itu dilalui dengan kesabaran dan ketabahan. Suhaila tidak pernah mengeluh dengan semua ini, hari-hari dilalui tetap dipenuhi kegembiraan dan keseronakan.

Walaupun kadang-kadang terdetik juga dihatinya rasa kesedihan apabila mengenangkan rakan-rakannya sentiasa dihantar ke sekolah. Kenangan semasa pulang dari sekolah amat menyeronokan, Suhaila, kakaknya dan abangnya menggunakan jalan pintas untuk pulang kerumah iaitu dengan menyeberangi anak sungai, mereka akan menggunakan jambatan kayu balak. Tetapi nasib sentiasa mengebelahi mereka, walaupun jambatan yang mereka gunakan agak bahaya tetapi mereka sentiasa terselamat dan ia sudah menjadi kebiasaan. Semuanya diyakini oleh suhaila bahawa semuanya hasil pertolongan Allah S.W.T yang dikurniakan kepadanya dalam usaha menuntut ilmu.
Part 2 to be continue...

No comments:

Post a Comment