Semoga dengan terciptanya "Disini Ada Cahaya" dapat mengeratkan hubungan siraturohim sesama kita. Disamping saling mengenali antara satu sama lain diharapkan "Disini Ada Cahaya" dapat membuka ruang ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama-sama.Cahaya keimanan dan ketakwaan itu yang dicari. Semoga pengisian wadah ini memberi sinar cahayanya.InsyaAllah

Saturday, May 22, 2010

Jangan menzalimi diri sendiri....

Ilmu adalah sesuatu perkara yang sangat berharga dan perkara yang paling penting bagi umat Islam dalam menentukan kehidupan dirinya di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Tanpa ilmu manusia tidak akan dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Sebagai umat Islam ilmu yang paling utama yang perlu dipelajari adalah ilmu Al-Quran. Ilmu Al-Quran akan lebih sempurna apabila difahami maksudnya selain membacanya. Apabila umat Islam memahami ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran, barulah mereka mengetahui segala apa yang haram dan juga yang halal. Kehidupan manusia di dunia ini perlulah seimbang dimana dunia dan akhirat.


Dengan ilmu, manusia perlu mempunyai adab kepada diri sendiri. Apabila manusia mempunyai adab kepada dirinya sendiri, nescaya mereka tidak akan menzalimi dirinya. Setiap manusia perlu sentiasa muhasabah diri sendiri iaitu dengan menghisap diri sendiri apakah kelemahan yang ada di dalam diri Apabila manusia mempunyai abab kepada diri sendiri, mereka tidak akan mengikut hawa nafsu dalam apa jua tindakan. Manusia perlu memperbaiki hubungan manusia dengan Allah S.W.T (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablumminannas), akhlak adalah perkara yang paling berat akan dihisap. Oleh itu manusia perlu memperbaiki akhlaknya seperti sentiasa memberi senyuman, memberi salam, ziarah menziarahi, meminta maaf dan memaafkan orang lain.

No comments:

Post a Comment