Semoga dengan terciptanya "Disini Ada Cahaya" dapat mengeratkan hubungan siraturohim sesama kita. Disamping saling mengenali antara satu sama lain diharapkan "Disini Ada Cahaya" dapat membuka ruang ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama-sama.Cahaya keimanan dan ketakwaan itu yang dicari. Semoga pengisian wadah ini memberi sinar cahayanya.InsyaAllah

Sunday, May 9, 2010

Syukur...

Alhamdullilah...syukur akhirya blog ini dapat juga disiapkan setelah blog lama tidak dapat berfungsi dengan baik.(masalah teknikal).Memandangkan blog adalah antara wadah terbaik untuk menimba ilmu dan menyampaikan ilmu. Diharapkan sekurang-kurangnya blog ini dapat memberikan sedikit perkongsian ilmu dan yang penting dapat membantu saya dalam membuat penulisan terutamanya dalam menghasilkan "disertasi" bagi memenuhi keperluan Saujana yang sedang dilalui sekarang.

Pada hemat saya, eloklah terlebih dahulu saya memperkenalkan dahulu serba sedikit tentang latar belakang diri saya. Nama yang diberikan ialah Che Khadijah bt Hamid dan sedang membuat master dalam bidang pengurusan pembangunan berteraskan Islam. Semasa di tahap Ijazah Saujana Muda, Bidang pengajian yang diambil ialah bidang Antropogi & Sosiologi. Perbezaan bidang pengajian tidak menghalang saya untuk terus meminati bidang yang diceburi sekarang malahan minat saya terhadap pengurusan pembangunan berteraskan Islam semakin mendalam. Melalui ilmu-ilmu yang diperohehi dalam bidang pengurusan dan pembangunan Islam semakin memberi gambaran tentang kepentingannya. Betapa pentingnya ilmu ini dipelajari.

Di Malaysia, Institusi-institusi kerajaan ataupun swasta yang dipertanggungjawab dalam bidang pengurusan mempunyai acuan mereka sendiri untuk merencanakan sesebuah misi atau matlamat agar ianya tercapai. Namun, persoalannya kini sejauhmanakah institusi-institusi yang dikatakan Islam menjalankan misi dan matlamat mereka. Apakah acuan yang digunakan? adakah kaedah yang digunakan bersesuai dengan syariat Islam?. Itulah serba sedikit persoalan yang dapat saya garapkan diatas keterbatasan ilmu yang ada.

Walaubagaimanapun, saya merasakan amat perlu pengurusan dan pembangunan Islam ini dilaksanakan memandang Islam adalah agama rasmi negara ini dan yang paling tepat lagi tanggungjawab kita (umat Islam) sebagai khalifah dimuka bumi ini. Sememangnya sukar untuk dikotakan tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. InsyaALLAH dengan keizinan Allah S.W.T pasti akan terlaksana.


P/s = Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..

No comments:

Post a Comment