Semoga dengan terciptanya "Disini Ada Cahaya" dapat mengeratkan hubungan siraturohim sesama kita. Disamping saling mengenali antara satu sama lain diharapkan "Disini Ada Cahaya" dapat membuka ruang ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama-sama.Cahaya keimanan dan ketakwaan itu yang dicari. Semoga pengisian wadah ini memberi sinar cahayanya.InsyaAllah

Monday, May 10, 2010

Anak anugerah tidak ternilai..............

Ragam manusia dengan pelbagai gaya dan perwatakan membuatkan pelbagai persoalan yang timbul di minda ini. Aku terus melayan perasaan sambil melontar pandangan jauh ke arah luar tingkat bas Rapid Penang yang membawa aku dan penumpang lain ke destinasi yang dituju. Aku amat tertarik dengan gelagak seorang wanita yang mungkin boleh aku anggaran berumur dalam sekitar enam belas hingga lapan belas tahun dan berasal dari Indonesia. Wanita itu menaiki bas dengan membawa seorang bayi yang mungkin berumur lapan bulan.

Dalam pengamatan aku, bayi tersebut bukan anak kepada wanita tersebut kerana perbezaan yang ketara pada iras muka bayi dan wanita terbabit. Aku dengan ringan mulut terus bertanya kepada wanita tersebut, anak ke nie? sambil tersenyum! lalu wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjaga kepada bayi tersebut. Sungguh comel dan riang bayi itu, aku juga turut terusik dengan telatahnya yang tidak duduk diam dipangkuan penjaganya. Fikiran aku terus melayan memikirkan nasib bayi tersebut, bukan berprasangka buruk pada wanita itu tetapi yang nyata dimanakah ibu kepada bayi tersebut sehingga membiarkan anak kecilnya dibiarkan dengan penjaga yang boleh dikira dibawah umur membawa anaknya kemana-mana sahaja.

Mungkin inilah yang sentiasa mengundang jenayah seperti penderaan,penculikan kanak-kanak, perdagangan manusia dan sebagainya yang berleluasa di negara ini. Kesibukkan ibu bapa sedikit sebanyak telah menyebabkan penjagaan anak-anak terabai. Mungkin kepercayaan yang sepenuhnya telah diberikan kepada penjaga. Namun bagi aku tidak salah sekiranya sikap waspada perlu hadir dalam diri. Bukan berprasangka buruk tetapi mengambil langkah berhati-hati itulah yang lebih baik. Fikiranku terus melayan-layan memikirkan nasib si bayi tadi, bimbang akan keselamatan bayi itu....................

Akhirnya bas sampai ke destinasi yang dituju, aku tidak lagi melihat kelibat wanita dan bayi itu. Namun melalui musafir yang berlaku tadi memberikan pengajaran yang berguna untuk diriku. Walaupun aku bukanlah seorang ibu tetapi ia memberikan peringatan bahawa betapa bernilainya anugerah yang Allah S.W.T berikan iaitu anak. Apabila diberikan anugerah itu sudah menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendidik dan mencorakkannya. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan darah dagingnya sendiri tetapi sayang itu membawa erti tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan dan digalas.

# Coretan ini kutujukan untuk diriku juga.

No comments:

Post a Comment